Quantcast
Channel: Rumah Anak Yatim
Viewing all articles
Browse latest Browse all 72

Rumah Amal Nur El Amin

$
0
0

1.PENGENALAN
Rumah Amal Nur El Amin ini merupakan sebuah rumah kebajikan yang telah dibuka pada awal Januari 2010. Pada awalnya Rumah ini hanya bermula dengan 13 orang pelajar puteri sahaja tetapi setelah setahun berjalan, jumlahnya telah mencapai 45 orang lelaki dan perempuan. Anak-anak yang berusia antara 13 tahun hingga 18 tahun ini  datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi keluarga. Secara keseluruhannya mereka terdiri dari beberapa orang anak yatim, miskin dan golongan asnaf zakat (layak menerima zakat).
Rumah Amal Nur El Amin  bermatlamat tinggi untuk melahirkan para remaja yang berakhlak mulia dan bermotivasi tinggi ke arah membaiki diri, menjadi asset yang berharga dalam masyarakat yang berkasih sayang dan aman harmoni. Remaja yang terdidik atas nama Allah dan Rasul ini akan mengutamakan kepentingan orang lain berbanding diri sendiri, akan sanggup menjadi pembela agama, bangsa dan Negara.

2.LATAR BELAKANG
Gejala sosial yang melanda remaja muslim di Negara kita sedang sangat menakutkan. Maklumat dan data yang terpapar setiap hari meyakinkan kita bahawa arus kehancuran ini sedang semakin menguasai. Jika sesuatu yang tepat tidak dilakukan, kita khuatir kita akan terlambat dalam menyelamatkan sebahagian besar dari generasi aset Negara dimasa depan. Sudah ramai ibubapa yang mengadu ehwal kelakuan dan tingkah laku anak-anak mereka yang semakin mencemaskan. Setiap anak yang terjebak dengan gejala negatif ini seolah-olah tidak dapat bertemu jalan untuk kembali kepada Allah swt. Siapakah yang dapat mengubah mereka sedangkan selama ini mereka juga belajar dan dididik di sekolah masing-masing. Mereka sebenarnya terjebak dalam perangkap nafsu dan syaitan. Mereka perlu dipulihkan. Justeru selaku anggota masyarakat yang prihatin dan mempunyai sedikit kesedaran serta keinsafan, beberapa individu telah mengambil inisiatif menubuhkan sebuah Rumah Amal Nur El Amin ini.

3.HASRAT DAN HARAPAN
Rumah Amal Nur El Amin ini berhasrat membina hubungan yang erat dengan semua kelompok masyarakat agar dapat menjadikan bertolong bantu sebagai satu agenda utama dalam mencapai tahap hidup yang bahagia di dunia dan di akhirat. Hubungan sebegini akan mendorong golongan kaya berperanan sebagai ‘bank kepada masyarakat’ dan mereka mampu untuk menyelesaikan masalah orang-orang miskin dan yang memerlukan. Pada ketika itu  suasana masyarakat yang berkasih sayang akan menjadi meriah dan indah dengan sifat saling membantu, bekerjasama dan bergotong royong. Masyarakat Islam akan cepat maju dan kasih sayang terjalin sesama insan. Hubungan dengan yang kaya dan yang miskin rapat. Tiada jurang perbezaan sesama insan dan tiada lagi jenayah serta gejala sosial berlaku akibat dari tekanan dan kesusahan hidup. Akhirnya wujudlah perpaduan dan kerjasama. Masalah dalam masyarakat dapat di selesaikan kesan dari pemurahnya orang kaya dan kesan daripada tawadhuknya mereka. Inilah masyarakat yang diidam-idamkan oleh semua bangsa dan agama.

4.KENAPA DINAMAKAN RUMAH AMAL NUR EL AMIN
RUMAH  merupakan keperluan asas manusia sebagai tempat perlindungan untuk para penghuninya mendapatkan  kasih sayang dari ibu bapa dan penjaga mereka. Rumah adalah tempat awal pendidikan dan pembelajaran seperti kata perpatah: “Al-ummu Madrasatun” ertinya: Ibu itu adalah sebuah institusi pendidikan! Rumah yang mempunyai ibubapa yang bertanggung jawab, sangat berusaha memberi didikan ilmu dan akhlak sehingga melahirkan anak-anak yang matang, taat dan bertanggung jawab adalah merupakan rumah idaman setiap insan. Rumah yang dicita-citakan ini adalah rumah yang menjadikan solat sebagai tunggak aktiviti membina hubungan hati para penghuninya dengan Allah Yang Maha Mencipta. Rumah yang sebeginilah yang mampu melahirkan bakal pemimpin dimasa hadapan kerana di dalamnya mengalir rahmat dan keberkatan. Padanya sentiasa turun para malaikat menaungi penghuninya memohonkan keampunan untuk semuanya.
AMAL adalah ungkapan yang membawa maksud tempat para dermawan memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk dengan harapan ianya di terima sebagai AMAL SOLEH di sisi Allah swt. Semoga setiap juzuk sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran yang besar di sisiNya kerana fadhilat membantu anak-anak yatim, miskin dan golongan asnaf zakat adalah satu amal kebajikan yang besar. Apatah lagi melalui sumbangan yang diberikan, anak-anak ini berupaya bangkit membaiki diri, berupaya dididik mencintai Allah dan Rasul, menghormati ibubapa dan orang-orang tua, prihatin dengan kesengsaraan orang lain dan sebagainya. Besarnya ganjaran yang diperolehi kerana setiap sen sumbangan derma itu akan berkembang membiak  menjadi pelbagai kebaikan dan amalan murni yang dilakukan oleh anak-anak ini sepanjang hidup mereka. Bertuah dan beruntunglah orang-orang yang Allah anugerahkan hati yang mahu menderma untuk mereka. Di kalangan anak-anak ini ada pula anak-anak yatim dan menderita yang akan sentiasa menadah tangan mendoakan siapa sahaja yang membantu mereka. Doa anak-anak yang belum berdosa ini sangat mustajab dan luar biasa kesannya.
NUR EL AMIN: El-Amin adalah gelaran terhormat untuk Nabi Muhammad saw.  Orang kafir Quraisy merasakan hebatnya akhlak dan budi pekerti Nabi Muhammad sehingga mereka sendiri menggelarkan Baginda sedemikian.Dengan kata lain, sekiranya seseorang itu berakhlak mulia, berbudi luhur, pastilah semua manusia akan menyayanginya, menghormatinya dan menghargainya. Inilah mesej yang ingin disampaikan kepada semua penghuni Rumah Amal Nur El Amin ini agar menjadikan Nabi Muhammad sebagai idola dan suri tauladan.
NUR pula bererti;‘cahaya’ yang bermaksud; keberkatan dan kelebihan yang ada pada diri Nabi Muhammad itu hendak didapatkan untuk setiap anak-anak yang berada di Rumah Amal Nur El Amin ini. Anak-anak yatim, fakir miskin serta anak-anak yang layak menerima zakat serta bantuan ini diharapkan adalah anak-anak kesayangan Allah dan Rasul. Maka sesiapa yang mengasihi dan membela mereka diharapkan akan mendapat ganjaran dan keberkatan besar disisi Allah dan Rasul. Mereka yang menderma juga menumpang keberkatan dari ‘Nur El Amin’ ini. Semoga anak-anak ini juga disayangi oleh setiap lapisan masyarakat yang prihatin terhadap nasib orang lain. Mereka perlukan perhatian, kasih sayang dan sewajarnya mereka dianggap sebagai anak angkat masing-masing dengan berusaha memberikan kasih sayang dan pembelaan.




5.MAKLUMAT PENDAFTARAN DAN PENTADBIRAN

a)PENDAFTARAN:  
i)Nama: RUMAH AMAL NUR EL AMIN
ii)Alamat: NO.5 & 7, JALAN DESA 2/8, BANDAR COUNTRY HOMES
48000 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN
iii)Alamat Pusat Latihan: NO. 6A (ATAS KLINIK DR NG & SINGH), JALAN DESA 1, BANDAR COUNTRY  HOMES, 48000 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN
iv)No. Pendaftaran SSM: 001923695 (PUSAT JAGAAN NUR EL AMIN)
v)Nama Akaun: PUSAT JAGAAN NUR EL AMIN
vi)No. Akaun Maybank: 562012005075
vii)No. Tel dan Faks: 0360914928

http://www.nurelamin.co.cc/

Viewing all articles
Browse latest Browse all 72